Welcome

Assalamualaikum..
May Allah always blessed you..

Tuesday, December 21, 2010

Busana Muslimah

Fungsi Busana Muslimah:

  • Berfungsi sebagai identiti wanita Islam yang dengan busana itu boleh diketahui dan dibezakan antara wanita Islam dan bukan Islam.
  • Untuk menjaga martabat dan kehormatan kaum wanita dan akan melindunginya dari segala godaan yang ada yang akan mengheret wanita kepada darjat yang menghinakan.
Ketentuan Syar'i Busana Muslimah:
  • Busana muslimah wajib menutupi aurat atau seluruh tubuh kecuali muka dan kedua tapak tangan. Hadis Nabi s.a.w "Perhiasan yang zahir adalah muka, celak, dan inai di tangan serta cincin."
  • Busana muslimah tidak boleh nipis dan merangsang atau jarang. Rasulullah s.a.w bersabda: 
"Dua orang ahli neraka yang belum pernah saya lihat adalah: 
1. Kaum yang memegang pecut bagi ekor lembu digunakan untuk memukul orang(tanpa alasan).
2. Orang perempuan yang berpakaian tetapi telanjang(memakai busana jarang) bagaikan merayu-rayu, melenggang-lenggok membesarkan camaranya bagaikan punuk unta yang miring. Mereka tidak akan masuk Jannah dantidak akan dapat mencium bau Jannah(syurga), sedangkan bau Jannah dapat dicium dari jarak yang sangat jauh."
(Riwayat Muslim)
  • Busana muslimah harus lebar, tidak sempit dantidak membentuk lekuk-lekuk tubuh, sehingga orang tidak dapat menggambarkan tubuhnya.
Dalam sebuah riwayat dari Abdullah bin Abi Salamah bahawa Umar bin Khattab r.a menghadiahkan kepada seseorang dengan pakaian nipis buatan Mesir lama, kemudian berkata, "Jangan dipakaikan kepada isteri-isteri kamu!" Lalu seseorang berkata, "Ya Amirul Mukminin, aku telah memakaikannya untuk isteriku, kemudian memutarkan badannya tetapi tidak kelihatan auratnya." Selanjutnya Umar berkata, "Memanglah auratnya tidak nampak, tetapi bentuk tubuhnya nampak."
  • Busana muslimah tidak boleh berbau perfum atau wangi-wangian. Rasulullah s.a.w bersabda:
"Wanita apabila memakai wangi-wangian, kemudian berjalan melalui majlis (laki-laki) maka dia itu begini dan begini, iaitu pelcur."
(Riwayat Abu Dawud dan Tirmizi)
  • Busana muslimah tidak boleh menyerupai busana lelaki.
"Bukan dari golongan kita wanita-wanita menyerupai lelaki dan lelaki yang menyerupai wanita."
Telah berkata Ibnu Abbas: "Rasulullah s.a.w telah melaknat lelaki yang mnyerupai wanita dan wanita-wanita yang menyerupai lelaki." 

No comments:

Post a Comment