Welcome

Assalamualaikum..
May Allah always blessed you..

Monday, December 20, 2010

Menghapuskan Dosa..

‘Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah, dan hendaklah setiap diri memerhati apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok(akhirat) dan bertakwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang lupa kepada Allah, lalu Allah akan menjadikan mereka lupa kepada diri mereka sendiri. Mereka itulah orang-orang yang fasik. Tidak sama penghuni neraka dengan penghuni-penghuni syurga, penghuni-penghuni syurga itu adalah orang yang beruntung.’ Surah Al-Hasyr: 18-19.


‘Jika seorang mukmin jika dia berbuat satu dosa, maka ternodalah hatinya senoktah warna hitam. Jika dia bertaubat dan beristighfar maka hatinya akan kembali menjadi putih bersih. Jika ditambah pula dengan dosa lain, noktah itu bertambah hingga menutupi hatinya’ -HR Abu Hurairah RA.



1. Mengenal Allah sebagai Tuhannya Yang Maha Berkuasa dan dia mahu menyembah dan beribadah kepadaNya.
2. Mengenal syaitan sebagai musuhnya yang menyesatkan manusia dan berusaha untuk menghindarkannya.
3. Mengenal alam akhirat sebagai tempat kembalinya yang abadi/kekal dan dia mahu berusaha menyediakan bekalan yang secukupnya menuju negeri akhirat.
4. Mengenal alam dunia tempat yang sementara dan dia tidak terpengaruh oleh kenikmatan dan kesenangan.
5. Mengenal sesuatu yang hak/benar dan dia sentiasa berusaha untuk mencapai dan mendapatkannya.
6. Mengenal sesuatu yang batil/salah dan selalu berusaha untuk menjauhi dan meninggalkannya.


Saidina Osman RA berkata mengenai perihal takut,
hendaklah kita sebagai manusia itu mempunyai rasa takut iaitu:

1.Takut ketika ditimpa musibah atau bala, iman akan menjadi luntur.
2.Takut ketika ingin melakukan maksiat dan perkara yang menjadi tegahan Allah
kerana meyedari bahawa segala perbuatannya yang dilakukan akan dicatat oleh malaikat.
3.Takut terpedaya dengan pujuk rayu syaitan kerana syaitan berupaya menjerumuskannya ke neraka.
4.Takut ketika dicabut nyawanya oleh malaikat Izrail kerana dia belum bertaubat kepada Allah.
5.Takut terhalang oleh keluarganya kerana dia dapat melupakan pengabdian kepada Allah.


Kesan daripada dosa dan maksiat yang dilakukan akan menyebabkan:

-Terhalang rezeki.
-Terhalang ilmu pengetahuan.
-Menjauhkan diri dari mengingati Allah.
-Mendekat kepada syaitan.
-Menggelapkan hati menerima kebenaran.
-Menimbulkan kehinaan diri sendiri.
-Mewarisi sikap sifat kaum dilaknat yang pernah diazab Allah.

GOLONGAN MANUSIA DIBENCI ALLAH

1.Orang yang takbur dan orang miskin yang takbur lebih dibenci Allah.
2.Orang yang bakhil dan orang kaya yang bakhil lebih dibenci Allah.
3.Orang yang tidak mahu bertaubat dan orang muda yang tidak mahu bertaubat lebih dibenci Allah.


GOLONGAN MANUSIA DISUKAI ALLAH

1. Orang yang Tawadduk dan orang kaya yang tawadduk lebih disukai Allah.
2. Orang yang pemurah dan orang miskin yang pemurah lebih disukai dan dikasihi Allah.
3. Orang yang bertaubat dan orang muda yang bertaubat lebih disukai Allah.


From: seksyen27.blogspot.com



No comments:

Post a Comment