Welcome

Assalamualaikum..
May Allah always blessed you..

Sunday, November 21, 2010

Mencari..

   Memperbetulkan segala niat.. Hati sememangnya ingin mencari keredhaan dari-Nya, tapi mengapa terkadang niat itu terpesong dari landasannya?? Telahku tetapkan pendirianku agar mencari semula apa yang pernah aku miliki suatu saat dulu.. Tapi mengapa aku semakin sukar untuk mencari? Ingin aku menjadi seperti insan lain yang sentiasa dekat dengan-Nya dan mendapat rahmat dari-Nya.. Tidak ada cinta yang lebih indah dari memiliki cinta dari-Nya.. Sungguh aku ingin sentiasa dekat dengan-Nya. Sesungguhnya sangatlah damai perasaan ini ketika berada dekat dengan-Nya..
"Ya Allah, ku serahkan segala rasa, perasaan, hati dan jiwaku, hanya kepada-Mu.. Engkau tetapkanlah yang terbaik buat aku.. Damaikanlah hatiku, dekatkan aku dengan-Mu... Akan ku ikhlaskan segalanya jika ini adalah jalan yang terbaik untuk aku mendapat rahmat-Mu.. Peliharalah diri ini dari kemurkaan-Mu.. Sungguh aku tidak berdaya melawan ketentuan dari-Mu kerana aku hanyalah seorang hamba yang sangat kerdil dan hina.. Tetapkanlah hatiku pada-Mu agar aku tidak pernah berpaling dari-Mu.. Ya Allah.. Janganlah Engkau tinggalkan aku.. Gantikanlah yang hilang dengan sesuatu yang lebih baik.. Leraikanlah air mata dari terus menitis.. Kurniakan aku seseorang yang menyediakan aku sekaki payung saat aku di landa hujan yang tiada henti.. Aku percaya pada janji-janji Mu, kerna Enakau tidak pernah memungkiri janji-janji Mu" 
-AMIN- 
 

Saturday, November 20, 2010

Jika Aku Jatuh Hati

Kata-Kata Semangat

Bersama air mata pasti ada senyuman, 
bersama kesedihan ada kegembiraan,
Bersama musibah ada anugerah,
Semuanya merupakan ketentuan yang pasti,
Dan prinsip hidup yang digarisakan oleh Allah s.w.t

Kasih Sayang

Pada suatu hari di sekolah, seorang murid bertnya pada gurunya.. Ketika itu gurunya sedang mengajar mengenai kasih sayang..

Murid : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Ok, kamu ikut apa yang saya suruh.. Kamu pergi ke padang, kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput di depan kamu. Pilih yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walau sekalipun dan petik rumput yang PALING cantik, kemudian kamu bawa ke kelas..

Apabila murid itu pulang ke kelas, tiada sehelai rumput pun di tangannya.. Cikgu bertanya, kenapa tiada rumput yang di pilih..

Murid : Tadi, masa saya berjalan, saya carilah rumput yang paling cantik.. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu cakap petik yang PALING cantik, maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi.. Tapi, sampai di penghujung padang, saya tak jumpa pun yang paling cantik..Mungkin ada di antara yang di belakang saya tadi rumput yang paling cantik tapi cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik..

Cikgu : Ya, itulah jawapannya.. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang itulah yang paling cantik dan baik untuk kita. Ikutkan banyak lagi yang cantik macam rumput tadi...

Friday, November 19, 2010

Demi Masa

Kadangkala terasa
terlalu banyak masa
Kadangkala terasa
masa yang ada 
bagaikan tiada..

Telah tertulis
tentang ruginya manusia
bila bermain dengan masa
masa dijadikan alasan
masa dijadikan ukuran
masa dijadikan harapan..

Selalu berharap
punya banyak masa
untuk bertemu
walau tiada kata, hanya kelu

Selalu berharap
masa itu terhenti
biar saat terindah
terus di sisi..

Masih adakah masa
untuk aku meluah rasa??




Thursday, November 18, 2010

Azfar - Akan Ku Jumpa with lyrics

Walaupun ramai tapi pasti ada 1 yg paling istimewa

  Walaupun ada ramai kenalan dan kawan-kawan yang rapat, tapi.. Inilah sahabat yang paling rapat yang paling disayangi.. Kami sudah lama bersahabat sejak di bangku sekolah rendah lagi.. Namanya cukup indah, Nurul 'Izzati .. Mempunyai sifat yang kelakar dan disenangi.. Tapi dia seorang yang suka memendam.. bahaya.. hehe.. Kami berbeza pendapat namun mempunyai minat dan citarasa yang sama.. Wanita ini sangat tabah dan kuat orangnya.. Jarang menunjukkan kesedihan dan kesakitannya pada orang lain. Sentiasa memberi semangat dan dorongan kepada diri ini.. Aku dah anggap dirinya macam adik aku.. Kata adik kandungku "kembar x seiras".. hehe.. Sahabatku.. I need u.. Always do.!!

Maher Zain - Open Your Eye with Lyrics

Meneruskan perjalanan

Akanku ukir seribu senyuman agar diri ini sentiasa kelihatan riang gembira.. Sebab, kata orang walaupun kita sedang kesedihan tapi senyuman dapat merawat segala luka.. Aku dah cuba, memang berkesan.. hehe.! Mempunyai teman-teman yang tak putus-putus memberi semangat dan dorongan memang suatu anugerah yang terindah dalam hidup. Itu semua membuat kakiku semakin kuat melangkah menuju kehadapan.. Sesuatu yang sudah berlalu takkan pernah dapat kita betulkan, dan apa yang kita ada hanyalah masa sekarang dan harus kita harunginya dan sempurnakannya kerana kita takkan tahu apa yang bakal mendatang.. Bersyukur dengan apa yang kita miliki kerana, walaupun kita rasa serba kekurangan tapi sebenarnya ada yang lebih kekurangan dari kita.. Lancarkanlah lidah menyebut 'ALHAMDULILLAH' walaupun kita sedang ditimpa musibah.. Perjalanan hidup ini semakin menarik dan hanya diri aku yang dapat mencoraknya.. Wahai masa lalu, pergilah engkau dan jangan engkau menghantui diriku lagi..

Tuesday, November 16, 2010

Aliff Aziz - Kalau Cinta (Duet Bersama Joanne / With Lyrics)

Tak Pernah Sendiri..

Walaupun dirinya pergi... Walaupun tiada insan bergelar kekasih, namun apa pun yang terjadi dan walau sesakit mana jua hati ini, hidup harus diteruskan.. Jodoh di tangan Allah.. Siapalah aku untuk membantah. Tetapi Allah Maha Adil.. Setiap yang terjadi akan dibalas.. Allah juga Maha Penyayang.. Sesudah kesulitan pasti ada kemudahan.. Allah tidak pernah memungkiri janji-janji-Nya.. Cuma manusia yang hina seperti kita yang mudah berbuat janji namun tak mampu untuk tepati.. Berpegang pada janji-janji Allah itu lebih utuh.. Saat hati sangat terluka,kecewa,sedih, dan terasa tidak terdaya.. Hanya satu tempat untuk kita mengadu.. Allah sedia mendengar.. Tidak sekalipun Allah tidur, walaupun terlalu perlahan luahan kita.. Allah tetap mendengar.. Cinta kepada bunga akan layu, Cinta kepada manusia akan mati, Cinta kepada Allah kekal abadi, INSYALLAH..

"Ya Allah, kepada-Mu jualah aku berserah memohon segala keampunan di atas segala dosa dan khilafku.. Ya Allah, aku meminta kekuatan,ketabahan dan perlindungan.. Aku juga terlalu bersyukur kerana Engkau kurniakan aku kesabaran.. Engkau lindungilah hatiku dan janganlah Engkau biarkan hatiku di miliki oleh insan yang hanya akan mensia-siakannya.. Berilah hatiku ini pada insan yang benar-benar layak memilikinya.. Aku sedar, aku tidaklah sempurna.. Saat ini, apa yang aku minta hanyalah keredhaan dari-Mu Ya Allah.! Jika setiap tangisan itu menghapuskan segala luka yang ada.. Maka aku merelakan air mata itu untuk jatuh ke pipi.. Tapi andainya air mata itu hanyalah sekadar menambah segala kesedihan di hati dan menarik simpati mereka yang lain.. Takkanku biarkan ia menitis walau setitikpun.. Jika ini yang terbaik untukku Ya Allah.. Maka aku terima.. aku tahu Engkau telah merancang sesuatu yang lebih baik untuk diri ini.. Ya Allah, berilah aku kesudahan yang baik dalam hidupku dan jauhilah aku dari mereka yang bakal menyakiti dan menzalimi aku.."


My Best Buddies

Walau apa pun yang terjadi korang sentiase dekat dengan aku.. Korang jaga aku dan bantu aku.. Korang da macam orang-orang yang terpenting dalam hidup aku sebab tiap kali aku ada masalah, koranglah yang aku cari. Walaupun aku tengah Happy, aku tetap nak share dengan korang.. Aku bersyukur dapat kawan-kawan macam korang. 


"Ya Allah, kuatkanlah tali persahabatan yang kami bina ini.. Aku amat menyayangi mereka ini.. Mereka adalah saudaraku yang Engkau utuskan agar menjadi peneman aku ketika aku kesunyian.."
-AMIN-


My life

Banyak dugaan yang datang dan pergi.. Suka atau tidak harus ku tempuhi dengan kesabaran.. Siapalah aku untuk membantah segala takdir.. Kerana aku hanya hambanya yang sangat kerdil yang hanya dapat menrima segala ketentuan darinya.. Saat ini mungkin hatiku sedih, tapi aku bersyukur.. Kerna doaku termakbul.. Allah mendamaikan aku dengan segala ketentuan darinya.. Allah Maha Mendengar.. 


 "Ya Allah sungguh Engkau lebih mengetahui dari aku tentang segala sesuatu.. Berikanlah kesudahan yang baik.. Dekatilah aku dengan mereka yang dekat dengan-Mu agar aku sentiasa di jalan yang Engakau redhai.. " 
-AMIN-