Welcome

Assalamualaikum..
May Allah always blessed you..

Tuesday, December 21, 2010

4 Jenis Perkataan.

 1.  Perkataan yang Bijak
Sekiranya berbicara setiap kata-kata jelas dan bernilai. Setiap perbualan sarat dengan ilmu, hikmah dan zikir, sehingga setipa orang yang mendengar berasakan manfaat daripada kata-katanya. Apabila membicarakan sesuatu, dia selalu memberi sesuatu yang berfaedah kepada ornag yang mendengarnya. Kata-kata orang yang bijak ini selalu dinanti-nantikan. Namun, biasanya orang yang bijak tidak terlalu melepaskan kata-katanya. Bahkan, dirinya lebih senang mendengar orang lain bercakap bagi mengambil hikmah daripada percakapan itu.
  2.  Perkataan Orang Biasa.
Perbualan kosong tiada asanya. Segala kejadian yang dilihat dijadikan cerita ataupun dijadikan ulasan. Waktu yang digunakan bagi berkata-kata lebih banyak daripada nilai yang diperoleh. Selama dua jam digunakan bagi berbual kosong, tetapi kesemuanya tiada nilai walaupun sedikit. Contohnya, dia hanya sibuk bercerita mengenai bola sepak, pelanggaran kereta, gosip dan isu serta sesuatu yang tidak ada hikmahnya. Orang yang sibuk bercerita tanpa ada pengajaran, ilmu, dan zikir adalah orang biasa. Orang yang membiarkan waktu berlalu dengan begitu sahaja. Orang itu berada dalam kerugian.

 3.  Perkataan Orang yang Martabatnya Rendah.
Ia adalah perkataan yang berisi keluhan, hinaan, cacian dan makian. Orang seperti ini sebenarnya tidak pernah menerima semua yang ada dihadapannya. Dia selalu saja mencari kekurangan benda disekelilingnya. Apabila dieberi makan bersungut, "Sayang, makanan ni kurang panas." Apabila sudah dipanaskan, "Kurang garam pula," katanya. Apabila sudah diletakkan garam, merungut pula, "Lebih sedap sekiranya ada kicap." Dan seterusnya tidak ada yang sesuai dengan keadaannya.
Apabila melihat pada suasana biasa, mereka berkata, "Orang-orang bandar, ada-ada sahaja kerjanya." Melihat ustaz pula, "Ah! Kerjanya hanya cakap kosong sahaja." Semua menjadi perkara yang kurang senang di matanya. Ada orang hanya bercakap mengenai keburukan sahaja. Setiap perkataan yang diungkapkan hanya memperlihatkan kehinaan dirinya.
 4.  Perkataan Orang yang Dangkal
Siapakah dia? Ciri-cirinya terdapat pada setiap percakapan yang kosong itu. Dia lebih sibuk menceritakan kehebatan dirinya sendiri. "Ini adalah jasaku, dia itu aku yang mendidiknya." Orang seperti ini mahu dirinya dihargai oleh masyarakat sehingga selalu menyebut mengenai kebaikan yang dilakukan. Orang yang tiada harga diri memang selalu ingin dihargai.

from: Menjadi Muslim Terbaik
Wrote by: Aa Gym 

No comments:

Post a Comment