Welcome

Assalamualaikum..
May Allah always blessed you..

Wednesday, January 12, 2011

::.Curang.::

Terkadang orang yang dicurangi merasa sangat tertipu dan mulai merasakan seolah-olah ditikam duri sembilu. Bagi orang yang mencurangi pula, terkadang pada mata kasar kita melihat seolah-olah tiada apa yang mereka rasakan tapi hakikatnya mereka juga dibelenggu dengan perasaan serba salah.
Curang ini berlaku kerana sikap manusia itu sendiri yang tidak pernah merasa cukup dengan apa yang mereka miliki. Oleh itu, manusia ini akan sentiasa mencari sesuatu yang lebih baik dari apa yang mereka miliki hari ini. Perkataan 'puas' tidak ada dalam diri mereka. Mereka ini juga tidak mensyukuri apa yang ada di depan mata mereka.


Curang bagi golongan muda yang baru mulai berjinak dengan cinta monyet sering berlaku. Pemikiran yang tidak matang mendorong golongn ini membuat keputusan yang akan merugikan diri sendiri. Golongan muda ini mudah tertarik dengan sesuatu yang nampak elok di mata mereka. Bagi yang lelaki, mereka akan tertarik dengan wanita-wanita yang mempunyai rupa paras yang cantik di sekeliling mereka. Bagi perempuan pula, mereka mudah tertarik pada lelaki yang seolah-olah mengambil berat mengenai mereka dan perempuan ini juga tidak kurang dalam memilih lelaki yang mempunyai paras rupa. Golongan ini hanya melihat apa yang ada di sekeliling mereka dan mereka tidak berfikiran panjang. Apabilah mereka ini keluar dari satu persekitaran ke persekitaran yang baru, mereka akan menemui berbagai-bagai orang dengan bermacam-macam ragam dan semestinya mereka akan menemui sesuatu yang lebih baik. Di sini, mulalah hati yang sudah dimiliki tadi menjadi tidak menentu dan mula berpaling.


Perkara ini dapat dielakkan sekiranya kita benar-benar mengikut panduan cara hidup Islam. Semua di antara kita telah dikurniakan jodoh yang terbaik buat diri masing-masing. Jodoh itu pasti akan datang, cuma masanya saja yang tidak kita ketahui . Tiada istilah 'Couple' dalam Islam. Jadi mengapa tidak kita memilih untuk berkawan dahulu dengan semua orang dan jika insan yang kita benar-benar suka itu jodoh kita maka kita akan memilikinya dan kita juga tidak akan rugi apa pun, tetapi jika dia bukan jodoh kita maka kita masih dapat mengekalkan hubungan itu sebagai seorang sahabat. Banyak panduan dalam cara hidup Islam yang dapat menyelamatkan kita daripada terjadinya perkara-perkara seperti 'curang' ini. Apa yang harus kita lakukan hanyalah mengikut panduan dan gaya hidup yang telah digariskan dalam agama Islam. Kita selalu terdengar atau terbaca perkataan 'Islam is The Way of Life'. Apakah maksud di sebalik perkataan itu? Bukankah Allah telah memberi kita jalan yang lurus, tapi mengapa kita yang memilih jalan yang berliku dan curam? 


Kuatkanlah iman di dada, tabahkanlah hati.... Mungkin kita sebagai manusia sering melakukan kesalahan dan kesilapan yang kita sedar mahupun tidak dan dari kesilapan itu kita mulai sedar dan belajar sesuatu. Jika kita ingin berjaya, maka pilihlah kebahagiaan dunia dan akhirat. Janganlah kita memilih kebahagiaan hanya di dunia semata-mata kerana kehidupan di dunia ini hanyalah sementara. Pilihan terletak di tangan kita sendiri, kitalah yang menentukan jalan yang hendak kita lalui dalam hidup ini.


Semoga Allah sentiasa memberi kita pertunjuk dan memberkati apa yang kita lakukan. Allah sentiasa dekat dengan kita, jadi janganlah kita lupa akan kehadiran-Nya. Dia Maha Melihat dan Maha Mengetahui segala yang tersembunyi. Elakkan segala yang buruk dan usahalah mendapatkan yang terbaik agar mendapat keredhaan Allah. Insyallah kita tidak akan terluka mahupun kecewa jika kita bertawakal kepada Allah dalam segala hal. 'curang' juga tidak akan wujud dalam hidup kita jika kita ikhlas dengan jodoh yang Allah berikan, Insyallah..


by:: Merpati Putih



Jika Aku Jatuh Hati

Friday, January 7, 2011

Bisikan Hati Seorang Hamba

Kehidupan ini penuh dengan dugaan dan cubaan yang terkadang membuat kita merasa sangat tidak bermaya untuk meneruskan kehidupan. Walaupun begitu, kita harus ingat bahawa Allah tidak akan memberi kita dugaan atau cubaan di luar kemampuan kita. Allah menguji tanda Dia sayang kepada kita. Di sebalik ujian itu ada hikmah yang tersembunyi yang kita sendiri tidak dapat melihatnya.
Janganlah kita mengeluh saat ditimpa musibah dan jangan pula kita berputus asa. Lihatlah di sekeliling, berapa banyak nikmat yang telah Allah berikan kepada kita. Adakah kita sudah cupuk mensyukuri setiap nikmat yang dikurniakan? Nikmat Allah terlalu banyak sehingga terkadang kita tidak mensyukurinya. Tapi mengapa saat Allah menguji kita, kita mulai marah, merasa terbeban, dan mulai menyalahkan takdir? Berapa banyak dosa yang sudah kita lakukan? Berapa kali sudah kita bertaubat? Siapa sebenarnya diri kita? Bukankah kita hanya seorang hamba kepada-Nya? Jika demikian, mengapa kita tidak bertindak seperti seorang hamba?
Allah itu Maha Pengasih, Maha Penyayang.. Janganlah kita menganggap ujian itu sebagai tanda yang Allah tidak menyayangi kita. Allah sentiasa menyayangi hamba-hamba-Nya. Terkadang kita mulai mencintai seseorang insan, di saat itu kita menganggap bahawa dialah segalanya. Kita mulai lupa terhadap Maha Pencipta. Kita mencintai dirinya sepenuh hati. Sampai suatu saat, segala yang kita berikan didustai, segala janji dimungkiri.. Kemanisan cinta itu bertukar menjadi racun yang paling utama dalam hidup. Kita tidak pernah sedar bahawa Allah tidak pernah berhenti menCintai kita, walaupun kita lupa terhadap-Nya,namun Allah masih memberi kita rasa kebahagiaan walaupun seketika. Kita langsung tidak merindui Allah sedang Allah sentiasa merindui kita untuk beribadah kepada-Nya. Tetapi kita sibuk merindui kekasih yang disangka setia dan penyayang itu. Sedangkan segalanya dusta berlaka. Tapi kita buta.. Cinta yang Allah berikan lebih daripada Cinta yang dusta itu, namun  kita tetap memilih yang dusta.. Apabila kita terluka, kita mulai menyalahkan takdir, mengapa begitu? Sedangkan Allah sangat merindui kita untuk kembali pada-Nya, Allah inginkan Cinta dari kita untuk-Nya.. Mengapa kita lari dari Allah??

“Ya Allah, jika aku mulai jauh dari-Mu, Engkau dekatilah aku.. Jika aku mulai terpesong dari landasan-Mu, Engkau kembalikanlah aku ke jalan yang lurus, dan jika aku hanyut dengan Cinta Dunia, maka aku sangat bermohon kepada-Mu tariklah aku keluar dari Cinta Dunia itu, kerana aku tidak mahu terus hanyut dengan Cinta Dunia yang akan menjerat diriku sendiri… -AMIN-“


Tuesday, January 4, 2011

Menanti Belahan Jiwa


Kegelisahan, kedukaan dan air mata adalah sebahagian daripada sketsa hidup dan kehidupan kita sekalian hamba di dunia ini. Titisan air mata yang bermuara dari hati dan berselaputkan kegelisahan jiwa terkadang memilukan hingga mencipta keresahan dan kebimbangan. Kedukaan kerana kerinduan yang teramat sangat dalamnya menyebabkan kepedihan yang menyesakkan ruang dada. Jiwa yang rapuh pun mengadu, berkeluh-kesah pada alam serta isinya,bertanya di manakah pasangan jiwa berada. Lalu hati mencipta serpihan kegelisahan, bagai anak kecil yang kehilangan ibunya.
Keinginan bertemu pasangan jiwa, bukankah itu sebuah fitrah seorang hamba? Semua itu hadir tanpa disedari sebelumnya hingga tanpa sedar telah menjadi sebahagian hidup yang tidak boleh dipisahkan lagi. Letih... Sungguh letih jiwa raga. Sendiri mengayuh biduk kecil dengan rasa hampa tanpa tahu adakah belahan jiwa di luar sana? Alahai... kehidupan manusia bukan hanya untuk dunia fana ini sahaja kerana masih ada akhirat yang kekal abadi. Memang, setiap manusia telah diciptakan berpasangan, namun tak hanya dibatasi oleh dunia fana ini sahaja. Seseorang yang belum menemui pasangan jiwanya,Insyaallah akan dipertemukan suatu hari nanti.
Keresahan dan kegelisahan janganlah sampai mengubah pandangan kepada Pemilik Cinta. Berserahlah kepada Maha Pemurah. Kembalikan segala urusan hanya kepadanya, kerana Dia Maha Memberi dan Maha Pengasih. Ikhtiar, munajat serta untaian doa tiada habis-habisnya dicurahkan kepada Pemilik Hati. Tak usah membandingkan diri dengan orang lain kerana Dia pasti memberikan yang terbaik untuk setiap hamba-Nya, meskipun adakalanya kita sekalian hamba tidak menyedarinya.
Usahlah dirimu bersedih lalu menangis di penghujung malam kerana tak kunjung usai memikirkan siapa kiranya pasangan jiwa. Menangislah kerana air mata permohonan kepada-Nya di setiap sujud dan keheningan pekat malam. Jadikan hidup ini penuh dengan harapan yang baik kepada Pemilik Jiwa. Bersiap menghadapi putaran waktu hingga setiap gerak langkah serta helaan nafas bernilai ibadah kepada Maha Pencipta. Bukankah kalau sudah saatnya tiba, jodoh tidak akan lari ke mana kerana sejak roh telah menyatu dengan jasad, siapa belahan jiwamu telah tersurat.
Sabarlah, bukankah mentari akan selalu menghiasi pagi dan malam senantiasa indah dengan sinar lembut rembulan dipagar bintang. Senyum dan hapuskanlah air matamu serta hilangkanlah lara di jiwa. Terimalah semua sebagai sebahagian kembara kehidupan yang akan menemui rahsia di sebalik titian kehidupan yang kau jalani. Hingga, kelak kau akan rasakan tidak ada lagi riak kegelisahan dan keresahan saat bersendirian.

Saturday, January 1, 2011

Pengorbanan..

     Memang tidak dapat dinafikan bahawa aku juga seperti insan lain yang sering jatuh cinta. Memang benar aku tidak dapat lari dari semua itu dan aku juga inginkan apa yang insan lain miliki. Tapi aku juga sedar bahawa aku ingin berubah menjadi yang lebih baik. Jika kita ingin melakukan sesuatu, kita harus berkorban untuk memilikinya. Jadi, walaupun aku sering tidak dapat hindarkan segala perasaan itu, namun aku harus berkoban demi Cinta Allah, kerna aku percaya bahawa Cinta dari Allah adalah Cinta yang kekal abadi. Walaupun aku takkan dapat melupai dirinya. Namun, akanku biarkan kenangan perkenalan kita selama ini sebagai pengubat rindu. Aku percaya, Allah tidak pernah menghampakan hamba-hamba-Nya. 


Semoga Allah memberikan yang terbaik dalam hidupku.. INSYALLAH.