Welcome

Assalamualaikum..
May Allah always blessed you..

Friday, September 16, 2011

Indahnya Cinta

Tiada yang lebih indah melainkan keindahan rasa cinta ini pada-Mu. Tiada yang lebih menenangkan melainkan mendapat ketenangan dari-Mu.. Tiada kebahagiaan melainkan kebahagiaan yang Engkau kurniakan..


Mungkin rasa cinta di dunia tidak dapat aku kecapi.. Tetapi betapa indahnya bila cinta yang aku miliki lebih besar dari segala cinta yang aku impikan itu..Aku miliki cinta dari-Mu Ya Allah, yang mana kasih dan sayang-Mu tidak pernah putus, rahmat dari-Mu sentiasa Engkau berikan tanpa pernah meminta, cahaya yang Engkau terangi cukup indah dan cukup terang menerang jalan hidup ini..


Ya Allah cinta ini hanya milik-Mu kerana sejak azali lagi sudah diri ini berjanji kepada-Mu bahawa segala solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya untuk-Mu... Jadi sedaya upaya diri ini akan mencuba menjadi penghuni Jannah, walaupun diri ini terkadang jatuh dan tersungkur namun jiwa ini sentiasa menginginkan jalan pulang kepada Sang Pencinta yang Hakiki lagi Abadi...



Sunday, August 28, 2011

Ramadhan Terakhir..

                   Malam tadi baru aku tersedar bahawa hari ini adalah Ramadhan terakhir.. Bertapa pilunya hati ini.. (-_-,) .. Tapi Allah itu Maha Penyayang, kerana telah menyedarkan diri ini tentang pemergian Ramadhan.. Alhamdulillah, aku dapat merasa saat-saat terakhir malam di bulan Ramdhan.. Pukul 3 pagi yang sunyi mengizinkan aku untuk bersama Sang Kekasih.. Lama tidak aku rasakan perasaan itu, bertapa rindunya aku pada Sang Pencinta yang abadi..


               Aku berjanji pada Sang Pencinta untuk aku setia pada-Nya.. Moga-moga Sang Pencinta yang tidak pernah tidur dan tidak pernah berhenti mendengar, menerima janjiku pada-Nya. Aku juga minta agar Sang Pencinta tidak meninggalkan aku kerana tanpa-Nya hilanglah arah tujuan hidup ini, terhentilah degupan jantung ini dan gelaplah hari-hari yang bakal mendatang..


                Aku amat bersyukur kerana Ramadhan kali ini juga membawa barakah kepada diri ini, kerana aku berjaya meningkatkan keiman dan ketakwaan.. Wallahu'alam.. Aku bangun sahur buat kali terahkir dan tidak tidur sehinggalah saat ini jam 7:33 pagi.. Aku tidak pernah melakukan semua ini, namun kerana cinta kepada-Nya dan tanda aku sebagai seorang hamba yang ada tanggungjawab kepada Maha Pencipta, aku lakukannya tanpa rasa keluh-kesah, tanpa rasa terbeban, dan tanpa rasa sia-sia..


          "Ya Allah, keheningan pagi ini tidak pernah aku rasakan seumur hidupku. Kedamaian ini baru pertama kali ini aku merasakan, ketenangan ini sungguh mententeramkan jiwaku.. Ya Allah, Allahamdulillah .. Ya Allah, jangan pernah tinggalkan diriku Ya Allah.. Berkatilah jalan hidup ini.. sehingga aku bertemu Ramadhan yang akan datang.. Kasih dan sayang-Mu sentiasa ku harapkan Ya Allah.. Syukur Alhamdulillah....."

Sunday, August 7, 2011

Iman kita ada naik dan turunnya..

     Sesungguhnya iman manusia itu ada naik dan turunnya. Ya Allah.. Lindungilah hati ini dan berilah aku kekuatan untuk menahan nafsu di dada.. Ya Allah, Ramadhan sudah pun tiba, berilah aku kesempatan untuk beribdah dengan sepenuh hati, tabahkanlah hati ini walau apa jua dugaan yang bakal mendatang pada hari esok. Aku telah tewas pada hari semalam, aku mohon kekuatan dari-Mu agar aku dapat menempuhinya dengan baik, pada hari esok.. Aku ingin meraih kemerdekaan pada 1 Syawal nanti.. Ya Allah, aku hanya insan yang lemah yang selalu tergelincir dari landasan-Mu, yang terkadang melampaui batas.. Ya Allah.. Aku tidak layak meminta dari-Mu.. Ya Allah, sungguh aku tidak mensyukuri nikmat-Mu.. Ya Allah.. kembalika aku pada landasan yang lurus itu.. Berilah aku segala kekuatan... Aku berlindung hanya kepada-Mu Ya Allah..Tabahkan hati ini dan izinkan hati ini untuk mendekati-Mu Ya Allah.. 

Wednesday, March 16, 2011

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

         
         Telah Engkau turunkan aku ke bumi ini setelah aku berjanji untuk sentiasa taat dan menunaikan perintah-Mu. Tetapi kenapa aku menjadi sperti ini? Saat aku berada di atas muka bumi ini, aku tidak dapat menunaikan janji-janjiku pada-Mu. Sedangkan setiap janji-janji-Mu pada diriku, Engkau tunaikan..


Begitu rapuh Cintaku pada-Mu, begitu mudah hatiku dipesongkan oleh syaitan yang sememangnya bencikan keturunan Nabi Adam a.s. Aku tidak setia kepada-Mu tetapi Engkau tetap setia memberikan aku Rahmat-Mu yang begitu besar. Engkau berikan aku perlindungan di saat aku merasa terancam. Tapi kenapa dengan diriku ini? kenapa aku menjadi buta dan membelakangkan diri-Mu? Sedangkan di setiap helaan nafas dalam hidupku ini, segala keselesaan, keselmatan, kebahagiaan dan keamanan yang aku rasakan ini datangnya dari-Mu. Subhanallah.... Ya Allah, sungguh aku ini hamba yang sangat hina.


Ya Allah, ampunkan segala dosa-dosaku, ampuni aku di atas segala khilafku. Ampuni aku di atas kepincanganku. Kembalikan aku ke jalan yang Engkau redhai dan jangan Engkau biarkan diri ini hanyut dengan kenikmatan dunia semata-mata. Jauhkan aku dan lindungilah aku dari Syaitan yang sedang mentertawakan aku dan bergembira di atas keberhasilannya membuatkan aku terpesong dari landasan-Mu.

          Ya Allah.... Gapailah tanganku ini, tabahkanlah aku menempuhi hidupku yang penuh dengan dugaan dan godaan dari Syaitan ini. Janganlah Engkau biarkan hatiku ini tunduk pada nafsu yang sungguh akan menyesatkan aku di dunia dan akhirat. Syurga itu bukanlah tempatku Ya Allah.. tetapi tidaklah sanggup untuk aku menghuni neraka-Mu dengan azb yang amat perit... Ampuni aku Ya Allah.. Ampuni aku Ya Allah.. Ampuni aku Ya Allah....

         Engkau lebih tahu apa yang ada dalam hatiku ini, Engakau lebih tahu bagaimana perasaan aku saat aku tersilap langkah. Engkau tahu, bukan ini yang aku inginkan dan aku juga sedih dan merasa sangat berdosa kerana membelakangkan perihtah-Mu. Aku bukanlah seorang yang sempurna imannya tetapi tanggungjawab aku sebagai seorang muslim adalah untuk beriman kepada-Mu, itu yang paling utama.

         Ya Rahman, Ya Rahim.... aku mohon berilah aku jalan untuk kembali... kembali merindui-Mu, kembali dekat dengan-Mu dan kembali untuk merasai Cinta yang hakiki... Masih adakah jalan pulang buat diriku ini? Astagfirullahalazim...... 



Wednesday, January 12, 2011

::.Curang.::

Terkadang orang yang dicurangi merasa sangat tertipu dan mulai merasakan seolah-olah ditikam duri sembilu. Bagi orang yang mencurangi pula, terkadang pada mata kasar kita melihat seolah-olah tiada apa yang mereka rasakan tapi hakikatnya mereka juga dibelenggu dengan perasaan serba salah.
Curang ini berlaku kerana sikap manusia itu sendiri yang tidak pernah merasa cukup dengan apa yang mereka miliki. Oleh itu, manusia ini akan sentiasa mencari sesuatu yang lebih baik dari apa yang mereka miliki hari ini. Perkataan 'puas' tidak ada dalam diri mereka. Mereka ini juga tidak mensyukuri apa yang ada di depan mata mereka.


Curang bagi golongan muda yang baru mulai berjinak dengan cinta monyet sering berlaku. Pemikiran yang tidak matang mendorong golongn ini membuat keputusan yang akan merugikan diri sendiri. Golongan muda ini mudah tertarik dengan sesuatu yang nampak elok di mata mereka. Bagi yang lelaki, mereka akan tertarik dengan wanita-wanita yang mempunyai rupa paras yang cantik di sekeliling mereka. Bagi perempuan pula, mereka mudah tertarik pada lelaki yang seolah-olah mengambil berat mengenai mereka dan perempuan ini juga tidak kurang dalam memilih lelaki yang mempunyai paras rupa. Golongan ini hanya melihat apa yang ada di sekeliling mereka dan mereka tidak berfikiran panjang. Apabilah mereka ini keluar dari satu persekitaran ke persekitaran yang baru, mereka akan menemui berbagai-bagai orang dengan bermacam-macam ragam dan semestinya mereka akan menemui sesuatu yang lebih baik. Di sini, mulalah hati yang sudah dimiliki tadi menjadi tidak menentu dan mula berpaling.


Perkara ini dapat dielakkan sekiranya kita benar-benar mengikut panduan cara hidup Islam. Semua di antara kita telah dikurniakan jodoh yang terbaik buat diri masing-masing. Jodoh itu pasti akan datang, cuma masanya saja yang tidak kita ketahui . Tiada istilah 'Couple' dalam Islam. Jadi mengapa tidak kita memilih untuk berkawan dahulu dengan semua orang dan jika insan yang kita benar-benar suka itu jodoh kita maka kita akan memilikinya dan kita juga tidak akan rugi apa pun, tetapi jika dia bukan jodoh kita maka kita masih dapat mengekalkan hubungan itu sebagai seorang sahabat. Banyak panduan dalam cara hidup Islam yang dapat menyelamatkan kita daripada terjadinya perkara-perkara seperti 'curang' ini. Apa yang harus kita lakukan hanyalah mengikut panduan dan gaya hidup yang telah digariskan dalam agama Islam. Kita selalu terdengar atau terbaca perkataan 'Islam is The Way of Life'. Apakah maksud di sebalik perkataan itu? Bukankah Allah telah memberi kita jalan yang lurus, tapi mengapa kita yang memilih jalan yang berliku dan curam? 


Kuatkanlah iman di dada, tabahkanlah hati.... Mungkin kita sebagai manusia sering melakukan kesalahan dan kesilapan yang kita sedar mahupun tidak dan dari kesilapan itu kita mulai sedar dan belajar sesuatu. Jika kita ingin berjaya, maka pilihlah kebahagiaan dunia dan akhirat. Janganlah kita memilih kebahagiaan hanya di dunia semata-mata kerana kehidupan di dunia ini hanyalah sementara. Pilihan terletak di tangan kita sendiri, kitalah yang menentukan jalan yang hendak kita lalui dalam hidup ini.


Semoga Allah sentiasa memberi kita pertunjuk dan memberkati apa yang kita lakukan. Allah sentiasa dekat dengan kita, jadi janganlah kita lupa akan kehadiran-Nya. Dia Maha Melihat dan Maha Mengetahui segala yang tersembunyi. Elakkan segala yang buruk dan usahalah mendapatkan yang terbaik agar mendapat keredhaan Allah. Insyallah kita tidak akan terluka mahupun kecewa jika kita bertawakal kepada Allah dalam segala hal. 'curang' juga tidak akan wujud dalam hidup kita jika kita ikhlas dengan jodoh yang Allah berikan, Insyallah..


by:: Merpati Putih



Jika Aku Jatuh Hati