Welcome

Assalamualaikum..
May Allah always blessed you..

Wednesday, December 22, 2010

Cantik

   Apakah erti cantik bagimu wahai sahabatku? Adakah cantik itu apabila kau mengenakan pakaian yang baru lagi mahal harganya? Ataupun cantik apabila kau memapakai pakaian yang menarik perhatian dan pandangan setiap mata yang memandang dengan penuh nafsu serakah? Adakah cantik itu apabila kau mengurai rambutmu yang panjang dan menawan itu?
   Wahai sahabat-sahabatku, jangan sesekali kamu memakai pakaian yang menampakkan tubuhmu itu. Jangan sesekali kamu memakai pakaian yang jarang kerana ia sama dengan kamu memakai pakaian tetapi bertelanjang. Wahai sahabatku, aku sedih melihat kamu yang semakin jauh dari landasan Islam. Kamu mengakui kamu Islam tetapi sikap dan perwatakanmu tidak membezakan antara kamu dengan orang bukan Islam. Adakah Islam hanya sebagai tanda yang kamu mempunyai agama dan kepercayaan?
  Sahabat, aku tahu kamu sangat cantik. Kamu dikurniakan kesempurnaan paras rupa. Tetapi mahukah kamu mensia-siakan kecantikan kamu? Mahukah kamu menjadi barangan yang cantik tetapi tiada nilainya? Wanita itu tinggi darjatnya, tapi mengapa kita sendiri yang merendah-rendahkan darjat seorang wanita? 
  Jagalah pakaianmu wahai sahabatku, jangan kamu membiarkan lelaki yang kejam itu merampas kehormatan dirimu. Jangan kamu biarkan mata-mata yang liar itu memandang tubuhmu dengan nafsu mereka yang jijik itu. Tidakkah kamu lihat berapa ramai wanita yang sudah rosak? Apakah kamu bangga menjadi barangan yang sudah rosak? Tidakkah kamu malu pada bakal suamimu nanti? Tidakkah kamu takut pada balasan Tuhanmu? 
  Sahabatku, Allah sering memerhatikan setiap apa yang kita lakukan. Allah memberikan kamu segala yang kamu perlukan, Allah juga kurniakan paras rupa yang elok agar kamu memeliharanya, tapi kenapa sahabatku? Mengapa kamu malah mensia-siakan apa yang Allah berikan? Kamu suka dipuji-puji oleh manusia sedangkan Allah murka kepadamu? Apakah itu yang kamu mahukan? 
   Sahabat, tanyalah dirimu... Apakah yang kamu lakukan itu mendatangkan kemurkaan Allah...? Aku sedih melihat dirimu kini, aku juga tidak mampu mengubahmu. Tapi inilah nasihatku buatmu wahai sahabat. Menitis air mataku melihat kamu berjalan dan dipandang oleh lelaki yang penuh dengan nafsu serakah itu. Hatiku makin bimbang apabila teguranku tidak kamu endahkan sedangkan apa yang aku lakukan hanyalah untuk menyelamatkan kamu.. Sahabat sayangnya aku padamu sangatlah besar.. Peliharalah dirimu, maruah keluargamu, dan jangan kamu biarkan mereka melemparkan fitnah ke atasmu dan keluargamu... Semoga kamu sentiasa di jalan kebenaran wahai sahabatku....

No comments:

Post a Comment