Welcome

Assalamualaikum..
May Allah always blessed you..

Sunday, December 26, 2010

Buat dirimu..

Kehadiranmu memberi senyuman dalam hidupku,
Dirimu sering membuat aku tersenyum sendirian,
Kehadiran dirimu sangatlah aku hargai,
Kerna kau umpama mentari yang muncul setelah hujan berlalu..


Dalam kesunyian, terkadang dirimu muncul dalam ingatan,
Oh, adakah itu rindu?
Tidak! tidak mungkin aku merindui dirimu,
Kerna kau bukan milikku..


Hatiku sering berkata bahawa kemungkinan ini cinta,
Namun, akal pula mengatakan itu mungkin mainan perasaan,
Tapi yang pasti.. Cinta itu anugerah Allah,
Jadi, biarlah Allah yang menentukan sama ada itu cinta atau bukan..


Jika aku benar mencintaimu,
Aku tidak mahu dirimu dekat denganku,
Mengapa??
Kerna aku tak mahu dirimu tahu yang aku mencintaimu,
Mengapa begitu?
Kerna kemungkinan dirimu bukan untukku,
Dan aku takut untuk kehilangan dirimu.


Jika sememangnya dirimu adalah untukku,
Maka aku berdoa sentiasa,
Agar Cinta itu menjadi Cinta yang halal bagi kita...


Semoga Allah memberkati dirimu setiap detik dalam hidupmu...


By : Merpati Putih


Merpati Putih

No comments:

Post a Comment