Welcome

Assalamualaikum..
May Allah always blessed you..

Thursday, December 16, 2010

Hati dan Perasaan

  Kadang-kadang kita suka sangat pada seseorang. Kita akan sentiasa berharap agar dia mempunyai perasaan yang sama seperti kita. Tapi, tak semua yang kita impikan akan kita dapat. Apabila seseorang yang kita suka mempunyai perasaan yang sama terhadap kita, belum tentu dia akan menjadi milik kita. Begitu juga jika kita sudah memiliki seseorang yang kita suka belum tentu dia akan menjadi milik kita selamanya. Kita takkan pernah tahu siapa jodoh kita kerana itu rahsia Allah. Tapi kita tidak boleh berhenti berdoa dan berusaha mencari. Gagal sekali bukan bermakna gagal selama-lamanya. Kegagalan adalah titik permulaan bagi sebuah kejayaan. 


  Kadang-kadang hati kita resah dan gelisah. Kita juga sedih dan pilu. Kita merasa kesedihan dan merasa tidak berdaya. Tapi Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Di sekeliling kita, adakah kita melihat di setiap rumah mempunyai penghuni yang sentiasa dibasahi dengan air mata? Tidak.. Kerana Allah tidak membiarkan hamba-hambaNya menangis. Allah Maha Pengasih dan Penyayang.. Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. Cinta itu suatu perasaan yang indah. Tapi cinta akan menjadi suatu mimpi yang buruk apabila kita dilukai. Pernahkah kita bertnya mengapa perpisahan yang sangat pedih itu berlaku? Mungkin di saat itu kita sedih, menangis tanpa henti. Tapi.. itulah lumrah kehidupan.. Janganlah kita bimbang, kerana selebat mana jua hujan yang turun akhirnya pasti akan reda jua. Mungkin dia bukan jodoh kita kerana itu, perpisahan berlaku. Memang menyakitkan tapi hanya seketika.. Kita akan lebih bahagia apabila bertemu dengan orang yang benar-benar milik kita. Insyallah..



No comments:

Post a Comment