Setiap kali seseorang ingin melakukan kebaikan atau sudah melakukan kebaikan, pasti ada saja halangannya. Terkadang orang lain yang melihat kebaikan yang sedang dilakukan itu sesuatu yang salah. Mereka menganggap kebaikan itu dilakukan kerana inginkan kepujian atau ingin mencari perhatian dari orang di persekitaran mereka. Apakah yang sebenarnya mereka inginkan? Adakah mereka ini mencemburui orang yang sedang melakukan kebaikan?
Tidak salah sekiranya kita melakukan perubahan ke arah kebaikan. Mungkin ada yang merubah dirinya untuk menjadi yang lebih baik dari sebelumnya niat kerana Allah s.w.t tapi mereka ini malah dituduh Hippocrates.. Jika seseornag itu dipuji atas kebaikan yang dia lakukan tanpa dipinta, adakah itu menjadi kesalahan bagi dirinya? Jangan kita menuduh orang sesuka hati. Jika dia lakukan kebaikan niat dengan ikhlas kerana Allah s.w.t apa salahnya sehingga kita harus membawa mulut mengatakan yang tidak benar mengenai dirinya? Kita hidup di atas muka bumi ini untuk mencari keredhaan Allah s.w.t jadi wajarlah sekiranya seseorang itu berubah ke arah kebaikan dan melakukan kebaikan untuk dirinya sebanyak mungkin untuk mendapatkan ganjaran pahala bagi dirinya untuk dibawa ke akhirat kelak. Hentikanlah untuk mencaci dan membawa mulut serta mengumpat perkara yang dapat merosakkan niat orang lain dan juga merosakkan iman kita sendiri. Setiap manusia ada kekurangan dan kelemahan dirinya sendiri. Mungkin hari ini kita mengata mengenai orang, mana tahu hari esok orang mengata kita lebih teruk dari apa yang kita katakan mengenai orang..
Sama-samalah kita melakukan kebaikan untuk diri sendiri dan menjauhi segala perkara yang merosakkan iman dan akidah kita. Semoga kita sam-sama mendapat cahaya dan hidayah dari Allah s.w.t.. Insyallah..
No comments:
Post a Comment