Monday, December 13, 2010
Masa Lalu
Terkadang masa lalu sering menghantui jiwa dan fikiran.Tapi kenapa harus mengingati masa lalu? Masa lalu itu adalah sesuatu yang sudah berlalu. Meskipun ada kenangan yang terindah dan ada juga yang pahit dan pedih. Semua itu sudah kita lalui. Apapun yang terjadi, kita tidak boleh merubah masa lalu. Apa yang kita boleh lakukan hanyalah lalui masa sekarang dengan penuh keyakinan dan mendapatkan kebahagiaan hidup di masa kini, bukan hanya bahagia kerana masa lalu kerana, jika kita bahagia mengenang masa lalu stelah itu kita akan kesedihan kerana segalanya sudah berlalu dan kita sudah tidak memilikinya lagi.. Apalah ertinya merindui seseorang yang tidak merindui kita? Apalah ertinya berharap pada orang yang tidak mengharapkan kehadiran kita dalam hidupnya? Walaupun kita rindu, sayang, dan cintakan dia, lepaskanlah dia pergi walaupun sukar.. kerana itu lebih baik. Jika dia milik kita suatu masa pasti dia akan kembali jua. Tapi andainya dia bukan untuk kita maka, kita akan didatangi dengan seseorang yang lebih baik. Jodoh adalah ketentua dari Ilahi. Tiada siapa yang mengetahui mengenai jodohnya kerana itu adalah rahsia Allah. Berdoa dan berserah kepada Allah agar kita sentiasa di jalan yang benar. Segala yang terjadi ini adalah ujian dari Ilahi untuk menguji hamba-hamba-Nya. Di sebalik kesedihan pasti ada kebahagiaan.. Insyallah..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Apabila allah menurunkan kita hujan,kita gembira keriangan..Inilah nikmat yang amat tidak terhingga pemberian tuhan...Tiba-tiba,Allah tidak menurunkan hujan..Hujan tidak lagi turun-turun seperti yang kita harapkan..Di manakah sinaran dan renyai-renyai hujan selama ini??Kita berasa hampa dan kecewa...Rupa-rupanya Allah sebenarnya ingin memberikan kita pelangi selepas hujan tersebut..
ReplyDeletethankz naufal..
ReplyDelete