Aku berjanji pada Sang Pencinta untuk aku setia pada-Nya.. Moga-moga Sang Pencinta yang tidak pernah tidur dan tidak pernah berhenti mendengar, menerima janjiku pada-Nya. Aku juga minta agar Sang Pencinta tidak meninggalkan aku kerana tanpa-Nya hilanglah arah tujuan hidup ini, terhentilah degupan jantung ini dan gelaplah hari-hari yang bakal mendatang..
Aku amat bersyukur kerana Ramadhan kali ini juga membawa barakah kepada diri ini, kerana aku berjaya meningkatkan keiman dan ketakwaan.. Wallahu'alam.. Aku bangun sahur buat kali terahkir dan tidak tidur sehinggalah saat ini jam 7:33 pagi.. Aku tidak pernah melakukan semua ini, namun kerana cinta kepada-Nya dan tanda aku sebagai seorang hamba yang ada tanggungjawab kepada Maha Pencipta, aku lakukannya tanpa rasa keluh-kesah, tanpa rasa terbeban, dan tanpa rasa sia-sia..
"Ya Allah, keheningan pagi ini tidak pernah aku rasakan seumur hidupku. Kedamaian ini baru pertama kali ini aku merasakan, ketenangan ini sungguh mententeramkan jiwaku.. Ya Allah, Allahamdulillah .. Ya Allah, jangan pernah tinggalkan diriku Ya Allah.. Berkatilah jalan hidup ini.. sehingga aku bertemu Ramadhan yang akan datang.. Kasih dan sayang-Mu sentiasa ku harapkan Ya Allah.. Syukur Alhamdulillah....."
No comments:
Post a Comment